"Kekuatan kami adalah kerana semangat persaudaraan serta keikhlasan yang wujud di antara kami. Kami lebih menumpukan kepada kerja-kerja amal yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.Kami tidak terlalu bergantung harap kepada 'pemberian' tetapi sebaliknya kami lebih kepada 'memberikan sumbangan'.Setiap seorang ahli merupakan aset yang amat penting dan begitu bernilai buat kami, lantaran itu kami tidak memandang kepada perbezaan tetapi sebaliknya kami berusaha mencari persamaan"